```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Waktu yang sedikit...

Wednesday, May 19, 2010





Imam Syahid Hasan Al-Banna Mengatakan

" Ketahuilah, kewajiban itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia, maka bantu lah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan atau tugas selesaikan segera."

Perkataan ini menggambarkan betapa sedikitnya waktu di bandingkan dengan 'perkerjaan besar' yang harus di kerjakan, amanah mulia yang harus di tunaikan, matlamat yang mesti di realisasikan. Kadang-kadang kita tidak merasa memiliki sebuah kewajipan menjadikanbanyak waktu yang terbuang, kesempatan diabaikan, kekuatan disia-siakan, nasihat tidak di pedulikan, sehingga kebaikan tidak di titikberatkan. Realitinya, kita sering beralasan dan mengeluh kerana banyaknya kewajipan, lalu waktulah yang di salahkan. Padahal itu terjadi kerana kita tidak menggunakan waktu dengan cermat, suka menunda-nunda pekerjaan sehingga tidak mampu membantu diri sendiri apalagi orang lain.

Menurut imam Hasan Al-Basri, waktu hanya ada tiga. Waktu kelmarin yang bukan milik kita lagi, esok hari yang belum tentu kita punyai dan sekarang yang berada dalam gengaman kita.

Kebiasaannya para ulama yang terulung mengurangi masa tidurnya, waktu bekerja dan kesibukan mengurusi duniawi untuk memenuhi keperluan ukhrawi. Mereka menyedikitkan waktu tidur untuk membolehkan bangun malam. Mereka sedikit bercanda untuk merasakan nikmatnya ibadah. Mereka tidak berlebihan dalam bergaul untuk merasakan indahnya iman. Mereka menahan diri dari maksiat agar tubuhnya tetap sihat. Ibnu Rajab berkata, "Barang siapa yang memelihara ketaatan kepada Allah di masa muda dan masa kuatnya, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan saat kekuatannya berkurang. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan, kemampuan berfikir dan kekuatan akal."

Kadang kala kita terlupa masa yang di berikan kepada kita itu terlalu sedikit, kita selalu tamak untuk memiliki apa yang kita inginkan, kita terlupa untuk menghargai saat-saat bersama dengan apa yang telah menjadi milik kita. Sehinggalah tibanya waktu Allah menarik balik apa yang di pinjamkannya kepada kita. Lalu kita terkesima dan tidak dapat meneriama apa yang Allah takdirkan kepada kita.

Kerana waktu kita begitu sedikit, kesempatan yang ada di dunia ini begitu sempit, mengapa kita tidak mengoptimumkannya menjadi untuk menjadi bekal di waktu-waktu sulit di hari di mana tiada bergunanya harta dan wang ringgit kecuali yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. Kerisauan para pahlawan bukan mempersoalkan bila matinya, tapi bagaimana matinya? mati itu jelas tapi kualiti mati itu yang penting.

Oleh itu, masa yang sedikit ini haruslah maksimumkan penggunaannya, di terperincikan perancangannya agar kita tidak mejadi orang-orang yang menyesal suatu hari nanti...




















...Aishaiah...


I really... really... really mizzz my Daddy... Semoga di percepatkan waktu tuk bertemu lagi...

Read more...

Khas Untuk Monyetku Yg Hebat... (kunun)

Sunday, May 9, 2010


Post kali ni khas untuk Kadim cuz mejok sebab kena remove gmbr nya dr blog ni hahaha, mst la bah org ganti dgn gmbr parent, sapa lah dia tuk d banding kn dgn my belove parent ehehe. Tp dah mejok kn jadi pujuk lah dgn buat post ni ehehe. Gambar ni tym kami part 5, pas seminar kimia organik. Pada mulanya suru Is ja ambil gmbr aq sndri dgn belon, tym 2 kadim x tau d mna, tp tba2 ja dia muncul berlari laju2 trus duduk atas kerusi 2 huhuhu, aku fikir rosak da posing aku cuz terpaksa bergambar dgn dia, tapi bila tgok cantik pla. Walau pn bergambar dalam terpaksa senyum tetap menten, cuma pp la tembam btul hahaha. Semoga Allah sentiasa seiring kan jalan kami... Amin...

Read more...

Kuliah Maghrib Ustaz Puaad...

Thursday, May 6, 2010

Hari terakhir d surau cluster A bersama Ustadz Puaad

...In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Indahnya ukhwah bila d sulami dengan iman dan takwa. Ini lah ustaz kami yg kecik eheh, yg tidak jemu-jemu datang ke surau cluster A, semata-mata tuk memberikan ilmunya, menjadi penyambung lidah Rasulullah, amat takut kepada Allah, sentiasa mengharapkan agar ilmu yang di beri terus mengalir dan menjadi penyuluh d liang lahad yg gelap gelita. Sesi kuliah maghrib ni telah bermula sejak tahun 2006 lagi, time 2 saya masih semester 1 diploma sains :). Sekarang ni dah hampir habis, hanya tinggal 1 paper lagi tuk jawab exam. Niat di hati maw jadi kn semester ni semester yg terakhir d uitm sabah, tapi apakan daya, kita hanya merancang Allah yg menentukan. Sepatutnya ahli yg sentiasa menghadiri kuliah ni mmg ramai, tp mmandang kan time ni musim exam & ramai yg dah balik kampung, jadi hanya tinggal beberapa org ja la yg ada.

Khas buat ukhti2 yg ku cintai kerana Allah, smga ukhwah yg terbina kn terus berkekalan hingga ke jannah. Jangan putus asa di jalan Allah. Terusla berjuang demi agama, dan perjuangan yg paling besar sekali ialah memerangi hawa nafsu. Semoga kita smu berjaya dalam perjuangan itu. Untuk ustaz yang kami kasihi, terus lah menabur bakti, jasa mu tidak sekali pun kami lupa kan.

Read more...

4 Golongan Lelaki Yg Akan Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita...

Wednesday, May 5, 2010


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat.

Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan ti ndak tanduk isterinya. Bergaul ! be! bas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga
akan ditarik menjadi penemannya.)

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."



“RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL”

Read more...

Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah...

Tuesday, May 4, 2010

Ya Allah, aku tahu janji mu pasti, tp seakan aku belum bersedia lagi tuk terima semua ini. mungkin aku sering lalai dengan nikmat yg Kau berikan itu. Ya Allah nikmat yang Kau tarik balik itu adalah seperti nyawa ku, nadiku, kebahagiaanku... Sukarnya bagiku tuk menjalani hidup ini tanpanya, bukan setakat umpama hilangnya sebelah sayapku, tetapi seperti lumpuh seluruh anggota tubuh ku ini. Aku pasrah kepada mu ya Allah, 26 April 2010, hari yg paling malang dalam hidupku.


...Salamat Hj Abdul Rahmat...

Insan yg berhati mulia, d sayangi semua. Ayah yg penyang, tidak pernah sekali pn berkasar dgn anak-anak, sehingga kmi merasa terlalu sayang, kasih sayang yg d beri sehingga kan aku takut tuk buat kesalahan. aku takut tuk melukakan hatinya. Kasih sayang yg d berikan sehingga kn aku arah kn seluruh hidup ku ini tuk memenuhi cita-citanya. Ya Allah mulia nya insan yg Kau jadikan sebagai tempat aq bergantung hidup ini, tempat aq bermanja & merasai kasih sayang seorang Ayah. Sehingga kan lupa bahawa ianya hanya sekadar pinjaman untuk ku. Sehinggakan aku tidak sanggup tuk melepaskan nya kembali padaMu. Ya Allah, aku redha Kau ambil kembali apa yang telah Kau pinjamkan kepada kami, tapi aq tidak rela sekiranya Kau menyeksanya walaupun hanya dgn satu sebatan sekalipun. Ya Allah masukkan ayah ku ni kedalam golongan orang-orang yang Kau cucuri rahmat, d tempat berhimpunnya para syuhadah. Dan aku merayu kepadaMu ya Allah agar aku dapat bertemu dengannya d taman Firdausi Mu. Sediakan suatu sudut d syurga nanti tuk kami sekeluarga...
Amin...Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin...



Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP