```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Berzikir Dengan Asma Allah

Sunday, November 24, 2013

Mari Berzikir denga Nama Allah yang Maha Agung


Allah: Ya Allah

Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 500x atau sekurang-kurangnya 66x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.akan dipandang tinggi oleh orang atasan,mendapat kemuliaan oleh pembesar-pembesar dan manusia lainnya.

Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.

Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.

Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.


Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.

As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.

Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.

Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-banyaknya setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.

Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.

Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.


Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.

Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.

Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.


Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.

Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akan diampunkan Allah SWT, insyaAllah.

Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.

Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.

Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.

Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.

Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.


Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.

Al-Khafid (Maha Menjatuhkan): 500x dengan khusyuk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.

Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.

Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.

Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.


As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap Khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.

Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.


Al-Hakam (Maha Menetapkan hukum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.

Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.

Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x atau sebanyak bilangan setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.ditiup pada ubun-ubun kepala anak,suami atau isteri untuk mulia akhlak dan lembut hati.

Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.

Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.

Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.

Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.

As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.

Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaAllah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.

Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari; insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.

Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.

Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari; insyaAllah akan terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.

Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.

Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang rezekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.

Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.

Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.

Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.

Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.

Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.

Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaAllah akan dapat kemuliaan dan kasih sayang dari keluarganya.

Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.

As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.

Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.

Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.

Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.

Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.

Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.

Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan menjadi orang yang soleh.

Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahan pada hari perhitungan nanti.

Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.

Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.

Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.

Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.

Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.

Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.

Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.

Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.

Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.

As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.

Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.

Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.

Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.

Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.

Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.

Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.

Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.

Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.

Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.

Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.

Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaAllah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.

At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.

Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.

Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.

Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesiapa yang selalu membaca asma' ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.

Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.

Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Allah akan memakbulkan hajat dan doanya.

Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.

Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.

Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.

Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.

Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.

Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001x setiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.

An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.

An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.

Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.

Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.

Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.

Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.

Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.

As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.

Read more...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM


  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. 
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

Read more...

ADAB BERBUAL

Monday, May 6, 2013

Assalamualaikum w.w.w.

Setelah lebih enam bulan tidak menambah entry di blog ini, akhirnya terdetik juga rasa hati untuk berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan bloger. ^_^. Lumrah hati seorang wanita atau bukan setakat wanita sahaja lelaki juga pasti mempunyai kecenderungan untuk berbual bilamasa kita bertemu dengan orang yang serasi dengan kita. Tapi suatu penyakit yang tidak dapat dibuang dari diri ini ialah memulakan perbualan dan susah sangat mengakhirinya. Kadang-kala terfikir juga kesian buat kawan-kawan yang terpaksa mendengar tapi apakan daya itulah kelemahan diri ini. In Shaa Allah kelemahan ini akan cuba di tutupi sedikit demi sedikit. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk terus memperbaiki diri.
Demam untuk membaca hasil karya penulisan Fatimah Syarha sedang melanda diri ini. Banyak info-info yang menarik seakan membaca sebuah buku ilmiah yang padat dengan ilmu. Sedang seronok membaca terpaku mata ini pada sudut info yang di selitkan. Hati tersentap serta merta 'adab berbual'... Semoga info ini berguna juga untuk kawan-kawan sekalian...


20 Adab Berbual 

1.      Semua perbualan perlu bertujuan kebaikan
"Barang siapa yang beriman kepada Allah hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (Direkodkan oleh Bukhari Muslim) 

2.     Jelas dalam perkataan.
“Bahawasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga mudah difahami oleh semua yang mendengarnya.”
(Direkodkan oleh Abu Daud). 

3.     Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara” (Direkodkan oleh Tirmidzi) 

4.     Tidak terlalu banyak bercakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.

Ibnu Mas’ud r.a sentiasa mengajar kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “ Wahai Abu Abdurrahman (gelaran ibnu Mas’ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud: “ Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, kerana aku pun perna meminta demekian pada Nabi saw dan beliau menjawab khuatir membosankan kamu.”
(Muttafaq ‘alaih). 

5.     Mengulangi kata-kata yang penting sekiranya perlu.
Daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang baginda memberi salam sebanyak tiga kali. 

(Direkodkan oleh Bukhari). 

6.     Menghidari ucapan yang batil.
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan sesuatu yang di redhai oleh Allah SWT. Yang dia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga di catatkan oleh Allah SWT keredhaan kepada orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan suatu kata yang dimurkai oleh Allah SWT yang tidak dikiranya akan demekian, maka Allah SWT mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat.”
(Direkodkan oleh Tirmidzi dan dia berkata hadis hasan sahih juga direkodkan oleh Ibnu Majah) 

7.     Menjauhi perdebatan sengit.
“Tidaklah sesat sesuatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”

(Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi) 


Dan dalam hadith lain disebut sabda Nabi SAW:“Aku jamin rumah didasar syurga bagi mereka yang menghidari berdebat meskipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi mereka yang menghidari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
(Direkodkan oleh Abu Daud) 

8.     Menjauhi kata-kata keji mencelah dan melaknat.
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(Direkodkan oleh Tirmidzi dengan sanad sahih) 


9.     Menghidari banyak bergurau.
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak ialah yang suka membuat orang lain tertawa.”

(Direkodkan oleh Bukhari) 

10. Menghidari menceritakan aib orang dan saling memangil dengan gelaran yang baik.
“Jika seseorang menceritakan sesuatu hal kepadamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”

(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan dia menilai hadis ini hasan) 

11. Menghidari dusta.
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia dusta, jika dia berjanji dia memungkiri dan jika diberi amanat dia khianat.”

(Direkodkan oleh Bukhari) 

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
Janganlah kamu semua saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(Muttafaq’alaih) 

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek.
Berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah daripada bapanya berkata:Ada seseorang yang membodek orang lain di depan orang itu, maka kata Nabi SAW: “Awas kamu telah mencelakakan saudaramu!(2 kali), lalu kata baginda SAW, “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di hadapannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah SWT mencukupkannya, kami tidak mensucikan seseorang pun di sisi Allah SWT, lalu barulah katakana sesuai keadaannya.” 

(Hadith Muttafaq’alaih dan ini adalah lafaz muslim)


Dan daripada Mujahid daripada Abu Ma’mar berkata:Berdirilah seseorang memuji di hadapan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata, “Nabi SAW memerintah kami menabur pasir diwajah orang yang gemar membodek.”
(Direkodkan oleh Muslim). 


14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak di persetujui perlu dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara. 

15. Penolakan perlu penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.  

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat. 


18. Hal yang dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.



19. Semasa menolak, perhatikan tingkat ilmu lawan bicara. Tidak berbicara diluar kemampuan lawan bicara yang dikhuatiri menjadi fitnah pada diri dan agama.


20. Saat menolak, perlu menjaga hati dalam keadaan bersih dan menghidari kebencian serta penyakit hati.
  
Semoga bermanfaat, mari sama-sama kita baiki diri...^_^

Read more...

Cinta High Class

Sunday, October 21, 2012

Sedikit Ilmu dari buku cinta High Class...
kata-kata ustazah Huda untuk Qani'ah...


Qani'ah...dia meminta ustazah menjadi Sarah,Mencarikan Hajar untuk suaminya,Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,Tidak berusaha mencari yang kedua,Meskipun isterinya mandul sekian lama,Kerana...Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,Kondisi Sarah ternyata berbeza.

Qani'ah...Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,Rela dimadukan suami,Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,Tidak rela memadukan Khadijah,Walau dengan mengambil hamba,Kerana...Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani'ah...Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,Tidak membantah dan tidak menegah,Agar senang masuk ke jannah,Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,Sama ada menduakan atau menceraikan,Kerana...Suami bukan Tuhan,Fatimah lebih rela kehilangan,daripada dirasuk kecemburuan,Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,Kondisi ustazah sama sepertinya.

Qani'ah...Dia meminta ustazah positif dengan poligami,Ustazah memintanya positif dengan penceraian.kerana...Dalam suasana poligami,Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum ilahi,Sebagai seorang isteri mithali,Penceraian itu lebih mengubatkan hati,Meskipun ia amat berat sekaliMujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani'ah...Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi yang terdera,Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur di baja,Daripada keadaan yang buruk dan susah,Kepada keadaan baik dan mudah,Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,Moga hidup kita akan datang lebih baik...

Daripada,Insan kerdil yang benar-benar hajatkan doamu,Ustazah Huda...


Semakin dekat hari 'itu' menghampiri 
Semakin terasa banyak yang belum aku pelajari,
dan semakin banyak yang perlu aku ketahui,
Ya Allah aku hanya ingin hidup dalam redha MU
aku ingin jadi anak yang solehah
sebelum melangkah kaki menjadi isteri yang solehah
pimpinlah hamba Mu yang daif ini ke jalan yang benar...
Ameen...

setiap lelaki perlu membaca buku ini,
penuh berisi dan penuh motivasi,
walaupun jelas hati ini mencemburui,
tetapi kisah hidup mereka memang patut di contohi,
bagi mereka yang mendamba 'Cinta High Class' ^_^



Read more...

Tidur Kaki Mengarah ke Kiblat

Thursday, July 26, 2012

Assalamualaikum... ^_^


Alhamdulillah sekarang sudah habis minggu pertama intersesi, study memang memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Sedar x sedar sekarang ni aku sudah berada di tahun akhir, ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus menempuhi dugaan untuk menghabiskan pengajian ini.


Kawan time ketawa memang senang untuk di cari tapi kawan time menangis punya payah mau jumpa ehehe, frust sendiri, alhamdulillah aku masih ada lagi kawan yang boleh menangis bersama walaupun aku x suka menangis.


Membebel dulu sebelum memulakan cerita...^_^. Topik utama untuk entry kali ini sebenarnya mengenai tidur kaki mengarah ke kiblat. Minggu lepas punya susah payah memindahkan barang dari kolej Melati ke Seroja. Alhamdulillah Allah masih beri kemampuan tanpa menyusahkan banyak orang, kecuali my BFF lah yang sentiasa disisi, maaf selalu menyusahkan. Apapun kita berjaya menempuhinya. Ada sedikit kegeraman dengan peraturan kolej ni, hari tu kata boleh tinggal di Melati time intersesi/shortcourse last minute kena pindah ke Seroja pula. Sabar ja lah, nasib baik seroja dekat dengan kelas jd senang sikit, tapi yang susahnya tu kena angkut barang aku yg satu sem lepas semua ke Seroja. Kali ni memang dah nekad x mau tinggal di Melati lagi tu lah angkut semua tu ehehe. Tapi masalah nya sekarang sudah 4 malam tidur di sini baru aku perasan susunan katil menyebabkan kaki mengarah ke kiblat time tidur, jadi mulalah berasa risau dan bertanya serba sedikit tentang hukum tu dengan ustaz-ustaz & buat sedikit research. Akhirnya terjawab juga persoalan di hati.


Tidur mengarahkan kaki ke kiblat itu hukumnya tidak jatuh sampai haram tapi tidak berapa elok dari segi penghormatan. Di bawah ada beberapa hujah tentang tidur mengarahkan kaki ke kiblat:


1. Shaikh ‘Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat. 


Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang, akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makruh untuk menghalakan kaki ke arah Ka’baah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan. 


Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki ke arah kiblat jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya, Insyallah. 
- (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144) 




2. Shaykh Ibn ‘Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur. 


Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala ke arah kiblat". 
- (Fataawa al-Shaykh Ibn ‘Uthaymeen, 2/976) 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Renung-renungkan dan selamat beramal...


Rujukan:
Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Al-ahkam.net

Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP