```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Mujahadah Melawan Nafsu...

Thursday, November 18, 2010

Hati tertarik bila melihat tajuk majalah solusi yg terbaru rasa nya dah beli sebulan lalu di koprasi kolej tp x sempat mo bc smu cuz time tu tgh bz dgn assignment tambah lagi dgn mingggu akhir mjelang exam. Akibatnya buku tu hanya jadi koleksi di rak buku eheheh… time cuti ni berabis la baca smu buku yg telah menjadi koleksi, tapi sekarang saya terkarik dengan tajuk “Mujahadah melawan nafsu”.

Selama ni memang selalu dengar perkataan mujahadah, perkataan ni seringkali di kaitkan dgn nafsu tp x berapa faham makna sebenarnya, sekadar tahu tp ndak faham ehehe. Selepas baca majalah solusi ni baru tahu makna sebenar & ilmu2 yang tersirat di sebaliknya. Masya Allah, nafsu tu adalah musuh terbesar kita yang mesti di lawan dan di tundukkan. Benar kata ustaz Pahrol Muhammad Joui kita sibuk dengan persiapan melawan musuh zahir, melengkapkan peralatan untuk menentang Yahudi & Nasrani musuh umat islam yang sering di gembar gemburkan tanpa mempedulikan musuh kita yang lebih dasyat daripada itu yakni NAFSU.


Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat(keinginan) dalam diri manusia. Di sini la terkumpulnya sifat2 tercela dan sentiasa mendorong diri manusia kearah kejahatan.



Peringkat-peringkat Nafsu.


1. Nafsu Ammarah.


Sangat mengajak kepada kejahatan. Tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Orang yang bangga dengan kejahatan yang di lakukannya berasa seronok dengan maksiat bahkan mengajak org lain turut melakukan maksiat.


2. Nafsu Lawwamah.


Nafsu yang mencela. Sedar diri melakukan kesilapan dan menyesali dosa-dosa itu dan mencela diri di hadapan Allah s.w.t. namun ketika melakukan dosa dia terbuai dgn kenikmatan dosa tanpa memikirkan akibatnya. Apabila melakukan ketaatan mudah di hinggapi rasa riya’ dan ujub. Mereka sangat suka dgn majlis2 ilmu tetapi belum selamat di dunia dan akhirat.


3. Nafsu Mulhamah.


Org yang mempunyai nafsu ini sudah mula mendapat ilham kebaikan di dalam hati. Berusaha keras untuk menjauhi kejahatan dan tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa. Walaubagaimanapun nafsu ini masih belum stabil.


4. Nafsu Mutmainnah.


Inilah nafsu yang di perolehi hasil mujahada(melawan nafsu). Hati sudah tenang kerana nafsu sudah di jinakkan. Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah nafsu yang di miliki oleh para salafussoleh yang menyebabkan mereka Berjaya dunia dan akhirat. Firman Allah, “Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan gembira dan menggembirakan” (Surah al-Fajr 89:27)



Imam Syafie Al-Ghazaki mengklasifikasikan manusia kepada tiga golongan:

1. Menyerah kalah : golongan yang sentiasa memenangkan nafsu, menuruti segala kehendak hati tanpa menegah walaupun sedikit.

2. Sedang dan sentiasa berperang : mereka yang sentiasa tarik tali melawan nafsu, kadang kala menenang dan kadangkala kalah. Inilah golongan yang dikatakan bermujahadah.

3. Orang yang telah menang : golongan yang Berjaya melawan hawa nafsu nya…


Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan hawa nafsu.



Nafsu tidak boleh dibunuh tetapi mesti di tundukkan. Manusia terpilih untuk menjadi kalifah di muka bumi ini kerana adanya nafsu, kerana dengan nafsu yang berjaya di tundukan kita akan menjadi lebih kereatif dan memakmurkan bumi. Bila manusia berjaya menundukkan nafsu ia akan jadi lebih mulia daripada Malaikat tapi bila ia gagal maka manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang, na'uzubillah .Bertapa diri yang cetek ilmu pengetahuan ini baru memahami serba sedikit mengenai mujahadah. Semoga kita Berjaya memiliki nafsu mutmainnah, walaupun jalannya amat susah dan penuh rintangan tapi sama2 la kita berusaha, saling pesan-memesan kearah kebaikan.


Banyak lagi info ttg mujahadah dalam majalah solusi, kalo mo tau beli & bacalah sendiri ehehe... promosi solusi sket. X larat mo taip smu ngeh.ngeh... Apa yang penting berusahalah untuk membuang sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Semoga kita jadi hamba yang bersyukur... Amin...



Gambar hiasan : Jejaki Idaman ehehe... ^_^

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP