```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Boikot

Tuesday, July 5, 2011

Assalamualaikum...

cerita boikot ni cerita lama, & rasa nya semakin hampir d lupakan oleh rakyat Malaysia, maklum la kita kn hidup aman & damai, terpulang dr individu 2 sama ada dia nahu boikot islrael @ pn tidak, tp sy perna jgk jmpa orang yg terlalu exited @ terlalu menyelami penderitaan saudara2 kita d Palestin sehingga kn dia mengharam kn diri nya utk mengguna kn brg2 israel, subhanAllah, smga Allah meletakkan hati kita semua dlm iman.

Apa yang mahu saya kata kn ialah x perlu la berasa berat utk memboikot @ pn x perlu la rasa terseksa apabila x boikot, semua nya bergantung pada iman individu, sekira nya kuat iman nya maka dapat lah dia memboikot smu barangan israel ini. Tapi pada sy rasa nya x mampu diri ini utk memboikot seratus peratus cuz yg paling utama laptop yg sy guna kn ketika ini ber 'prosessor' kn intel core2duo, seterika d sebelah meja sy jgk berjenama Philips yg telah d beli 5thn yg lalu, mgkin juga lampu yg tengah sy pasang d bilik ini berjenama philips yg telah d pasang sendiri oleh contractor seawal pembinaan rmh, di tambah lagi dengan barangan2 dapur yg umi sy guna kn kebanyakan nya di beli oleh ayah sy sendiri d Amerika sejak 12thn yang lalu & x mungkin sy akan membuang smu brg2 buat israel ini kerana ia amat berguna utk kami sekelurga serta tahan lama sehingga boleh di guna bertahun-tahun...

Tapi sejak dr pertama kali sy mendegar kempen boikot ini, sejak pertama kali mengetahui penderitaan saudara kita d Palestin, sy sda mula memnanam azam utk cuba memboikot semampu yg sy boleh wallahualam... masih bnyak lg yg sy tidak mampu, betapa lemah nya iman ini... :(, namun begitu sehingga kini azam itu masih subur tertanam di hati & akan sy laksana kn semampu yg mungkin, tidak kira la seberapa bnyak org memperlekeh kn kempen boikot ini, ramai yg menyata kn org yg memboikot brngan israel e2 hanya menyeksa diri sendiri, x memberi kesan sedikit pn dgn mereka, ada jgk yg berkata sda bertahun2 kita memboikot israel tp bumi Palestin msh tetap bermandi kn darah, tidak kisah la apa pn yang orang ramai kata kn... satu terpacak teguh dalam minda ingatan ini akan sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang bolak-balik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukan nya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, `buat apa kau bersusah-susah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan padam dengan air yang kau siramkan itu.` Lalu dijawab oleh burung tersebut, `Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah karena Allah nanti akan bertanya, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya tentang apakah aku berhasil memadamkan api itu atau tidak`.

Sekecil apapun tindakan/amal yang kita buat walaupun remeh pada pandangan manusia, namun bila kita melakukan dengan ketulusan dan kesungguhan, sungguh Allah Maha Melihat dan akan memberikan balasan sempurna untuk setiap amal shalih yang dilakukan. Jadi jangan berhenti beramal karena merasa amal itu terlalu sederhana dan tak berarti…. Berbuatlah kebaikan besar-kecilnya biarlah Allah yang menilai… tidak perlu lah menunding jari sesama sendiri mari lah kita sama2 perbaiki diri, InsyAllah usaha kita yg sedikit ini akan di pandang oleh Allah & kita akn berupaya untuk menentang israel suatu hari nanti... Ameen...


Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP