```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Cinta High Class

Sunday, October 21, 2012

Sedikit Ilmu dari buku cinta High Class...
kata-kata ustazah Huda untuk Qani'ah...


Qani'ah...dia meminta ustazah menjadi Sarah,Mencarikan Hajar untuk suaminya,Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,Tidak berusaha mencari yang kedua,Meskipun isterinya mandul sekian lama,Kerana...Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,Kondisi Sarah ternyata berbeza.

Qani'ah...Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,Rela dimadukan suami,Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,Tidak rela memadukan Khadijah,Walau dengan mengambil hamba,Kerana...Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani'ah...Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,Tidak membantah dan tidak menegah,Agar senang masuk ke jannah,Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,Sama ada menduakan atau menceraikan,Kerana...Suami bukan Tuhan,Fatimah lebih rela kehilangan,daripada dirasuk kecemburuan,Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,Kondisi ustazah sama sepertinya.

Qani'ah...Dia meminta ustazah positif dengan poligami,Ustazah memintanya positif dengan penceraian.kerana...Dalam suasana poligami,Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum ilahi,Sebagai seorang isteri mithali,Penceraian itu lebih mengubatkan hati,Meskipun ia amat berat sekaliMujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani'ah...Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi yang terdera,Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur di baja,Daripada keadaan yang buruk dan susah,Kepada keadaan baik dan mudah,Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,Moga hidup kita akan datang lebih baik...

Daripada,Insan kerdil yang benar-benar hajatkan doamu,Ustazah Huda...


Semakin dekat hari 'itu' menghampiri 
Semakin terasa banyak yang belum aku pelajari,
dan semakin banyak yang perlu aku ketahui,
Ya Allah aku hanya ingin hidup dalam redha MU
aku ingin jadi anak yang solehah
sebelum melangkah kaki menjadi isteri yang solehah
pimpinlah hamba Mu yang daif ini ke jalan yang benar...
Ameen...

setiap lelaki perlu membaca buku ini,
penuh berisi dan penuh motivasi,
walaupun jelas hati ini mencemburui,
tetapi kisah hidup mereka memang patut di contohi,
bagi mereka yang mendamba 'Cinta High Class' ^_^



Read more...

Tidur Kaki Mengarah ke Kiblat

Thursday, July 26, 2012

Assalamualaikum... ^_^


Alhamdulillah sekarang sudah habis minggu pertama intersesi, study memang memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Sedar x sedar sekarang ni aku sudah berada di tahun akhir, ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus menempuhi dugaan untuk menghabiskan pengajian ini.


Kawan time ketawa memang senang untuk di cari tapi kawan time menangis punya payah mau jumpa ehehe, frust sendiri, alhamdulillah aku masih ada lagi kawan yang boleh menangis bersama walaupun aku x suka menangis.


Membebel dulu sebelum memulakan cerita...^_^. Topik utama untuk entry kali ini sebenarnya mengenai tidur kaki mengarah ke kiblat. Minggu lepas punya susah payah memindahkan barang dari kolej Melati ke Seroja. Alhamdulillah Allah masih beri kemampuan tanpa menyusahkan banyak orang, kecuali my BFF lah yang sentiasa disisi, maaf selalu menyusahkan. Apapun kita berjaya menempuhinya. Ada sedikit kegeraman dengan peraturan kolej ni, hari tu kata boleh tinggal di Melati time intersesi/shortcourse last minute kena pindah ke Seroja pula. Sabar ja lah, nasib baik seroja dekat dengan kelas jd senang sikit, tapi yang susahnya tu kena angkut barang aku yg satu sem lepas semua ke Seroja. Kali ni memang dah nekad x mau tinggal di Melati lagi tu lah angkut semua tu ehehe. Tapi masalah nya sekarang sudah 4 malam tidur di sini baru aku perasan susunan katil menyebabkan kaki mengarah ke kiblat time tidur, jadi mulalah berasa risau dan bertanya serba sedikit tentang hukum tu dengan ustaz-ustaz & buat sedikit research. Akhirnya terjawab juga persoalan di hati.


Tidur mengarahkan kaki ke kiblat itu hukumnya tidak jatuh sampai haram tapi tidak berapa elok dari segi penghormatan. Di bawah ada beberapa hujah tentang tidur mengarahkan kaki ke kiblat:


1. Shaikh ‘Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat. 


Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang, akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makruh untuk menghalakan kaki ke arah Ka’baah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan. 


Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki ke arah kiblat jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya, Insyallah. 
- (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144) 




2. Shaykh Ibn ‘Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur. 


Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala ke arah kiblat". 
- (Fataawa al-Shaykh Ibn ‘Uthaymeen, 2/976) 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Renung-renungkan dan selamat beramal...


Rujukan:
Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Al-ahkam.net

Read more...

Menjadi isteri di alam poligami

Saturday, February 4, 2012


"Apa pengalaman awak menjadi isteri kedua..?" Tanya seorang ukhti.

Pengalaman yang macam mana tu..? Bagi saya, samalah seperti perkahwinan biasa – ada yang susah, ada yang senang, ada yang baik, ada yang sedih, ada yang ceria, ada yang tak baik, ada yang menarik…

Kita kongsikan yang baik-baiklah ya…

Hmm mungkin ada sebahagian kita yang tidak selesa dengan topik ini, namun izinkan saya berkongsi untuk mereka yang ingin mengumpul kisah dan pengajaran mengenai alam poligami.

Saya tidak menyuruh semua terlibat dengan poligami, namun semakin meningkatnya jumlah pasangan yang berpoligami, maka itulah salah satu tujuan perkongsian saya tentang poligami – memberi pendedahan atau mempersiapkan perasaan dan fikiran untuk kita menempuh alam yang isteimewa ini.

Saya pun berfikir-fikir perkara yang baik untuk dikongsi - yang relevan dengan kehidupan sebagai kehidupan berpoligami. Hmm apa ya..?

Pertama, membantu memelihara rasa cinta di hati isteri. Cinta kepada suami. Juga cinta kepadaNYA. Setiap minggu, suami saya akan berada di rumah saya dua atau tiga hari. Hari-hari lainnya, suami samaada di rumah kakak isteri pertama atau suami bekerja di dalam/luar negara. Dua atau tiga hari inilah masa bersama suami, dimanfaatkan untuk kami sama-sama menghidupkan baitul muslim ini. Baru bertemu, kemudian berpisah.

Waktu kami saling berbaik-baik, perpisahan itu nyata makin menghidupkan perasaan, saling merindui dan mengharapkan lagi pertemuan. Waktu diuji dengan konflik di alam penyesuaian, perpisahan itu ruang merenung kesalahan dan memperbaiki kesilapan.. hmm samaada poligami dan monogami, setiap pernikahan ada masa berbaik-baik dan gaduh-gaduh kan...?;)

Cinta kepadaNYA .. moga makin mendalam. Moga poligami jadi wasilah yang mengeratkan kita pada tuhan. InsyaALLAH. Waktu sering ketiadaan suami, siapakah peneman? Siapakah pelindung? Siapakah pemelihara? Siapakah pendengar? ( hmm tapi bukankah sepatutnya pada ketika ada suami pun, ALLAH tetap menjadi peneman dan pelindung ...??? bukankah kekuatan dan pertolongan itu semuanya milik ALLAH…??)

Poligami membantu membawa diri ini mengingati suami sebagai pinjaman tuhan.. sehari dua ALLAH pinjamkan, suami kemudian pergi lagi. Kalau selepas itu tiada lagi pertemuan..? Maka sering saja perpisahan itu direncana agar berpisah dalam hati yang paling baik, penuh kasih sayang dan kemaafan.

Ya ALLAH bantulah kami menjadi hamba bertaqwa - agar kami berkasih sayang di dunia dan syurga... jadikan kami teman yang tidak bermusuhan di hari akhirat, jangan kami tidak lagi ENGKAU benarkan bertemu.

Kedua, isteri mendapat ruang kerehatan. Hak suami itu banyak.. hak lahiriah dan batiniah. Bukan sekadar menjaga makan minum, pakaian, hubungan seksual tapi yang lebih besar ialah pada seorang suami, isteri itu seharusnya wasilah terbaik meraih ketenangan dan memantapkan keimanan (walaupun ketenangan sebenar hanyalah pada hati yang zikrullah..)

Alhamdulillah jika kita adalah para isteri 24 jam sehari dan 7 hari seminggu menjadi isteri yang ceria, sabar, mendamaikan, penuh prihatin tapi sebenarnya dalam arus zaman yang bergerak laju, isteri kadang-kadang tak boleh cope dengan semua tuntutan.. Isteri pun ada waktu bermasam muka, murung, panas hati, sedih, bosan.. mudah saja untuk tampil keras dan kaku dengan roomate bernama suami..

Jadi dengan syariat poligami yang ALLAH gariskan, dengan hari-hari kebersamaan suami isteri yang terbatas, para isteri insyaALLAH punya ruang mempersiapkan dirinya yang terbaik dari segi fizikal, emosi dan fikiran untuk melayani suami dengan sewajarnya.

Yang penting, persiapan ruhiyyah yang tinggi juga harus dibina agar hati isteri dan hati suami selalu bersambung dengan kasih sayang ALLAH. (ohh bukankah dalam setiap keadaan ruhiyyahnya harus teguh…)

Semestinya suami mengharap isteri sumber ketenangan setelah di asak tekanan di tempat kerja - menghadapi kerenah anak buah atau bos, godaan materialistik dan sosial yang melemahkan iman, godaan dan ujian perempuan-perempuan yang jahil di luar sana, etc.. Isteri sangat diharapkan menjadi penghibur, penenang, motivator dan kaunselor.

Wah, suami saja kah yang diasak tekanan… perempuan atau isteri tak tertekan dengan kerja dan tanggungjawab lain..?

Tertekan juga, tapi perempuan sebenarnya lagi kuat. Lebih sabar, lebih lembut dan lebih cool berbanding lelaki hee.. Perempuan lebih baik dalam mengurus emosi kadang-kadang. InsyaALLAH andai iman menjadi perhiasan di hati-hati kita, di balik kesulitan, ada ketenangan yang menemani tingkahlaku dan ucapkata.. [ tak lah semudah yang di ungkapkan..]

Maka, poligami memberi sedikit time-break untuk isteri mengecaj hati hingga mampu bertemu suami dengan kondisi hati paling lapang dan menghiburkan..

Tapi kan, realitinya amat payah.. nafsu buruk dan syaitan durjana sering ingin mengucar kacirkan keadaan, benda-benda remeh mudah saja buat isteri merajuk menjauhi suami, benda-benda remeh mudah buat suami memarahi isteri..

Ketika suami di rumah, pastilah suami suka isteri-isterinya nya bagi perhatian penuh padanya, menyediakan keperluan sebaiknya etc..

Duhai para isteri, setuju tak khidmat pada suami dan rumahtangga ini meletihkan ...? Ya, ikhlas memang ada insyaALLAH tapi penatnya boleh tahan juga... :D

“Fuhh..lega suami akak pergi outstation tiga hari.. kalau tak, penat... mana nak layan anak lagi, nak masak untuk suami, nak siapkan kerja sekolah lagi…” ini antara dialog biasa yang didengar bila para isteri berkampung.

Justeru, poligami menyediakan kerehatan insyaALLAH. Merehatkan hati dan fikiran dari tanggungjawab isteri, boleh alihkan perhatian pada ibu bapa, anak-anak, rakan taulan, saudara seagama dan ummah yang merindui peribadi yang menegakkan agamanya..

Sebenarnya, kalau nak cerita kebaikan syariat poligami ALLAH ke atas kehidupan para hambaNYA, tak cukup dengan satu blog… Dan kemanisan jua kebaikan poligami ini dirasai berbeza-beza oleh suami dan isteri-isteri.

Untuk saya, inilah secebis kebaikannya. Untuk para isteri lain, saya percaya ada kebaikan dan cabaran tersendiri.

Dengan usia pernikahan saya baru tiga tahun, mungkin kata orang - realiti alam rumahtangga belum menjengah ya..? Apapun, terus lah kita saling mengingatkan dengan kesabaran dan kasih sayang..

eheh bukan saya yg jadi isteri kedua jgn suspen... :P
tersentuh bila baca blog ni, teringat ttg suatu kisah dahulu kala eheh...

kenapa mesti keburukan yang kita fokuskan,
kenapa kita tidak memandang dari sudut kebaikan,
tepuk dada tanya IMAN...
yang pastinya semoga kita dapat menjadikan perkahwinan itu sebuah syurga dunia yang membahgiakan
tanpa merasa jauh dari Allah, dan semoga cinta kita yang paling atas hanya untuk Allah SWT,
Salam Maulidurrasul

Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP