```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Rintihan...

Saturday, July 24, 2010

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi...

biar kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai,
biar kan kegelisahan itu lenyap, jangan sesekali hilang semangat,
biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula,
biarkan la diri ini derita agar aku tahu erti derita itu...
agar aku sedar kesengsaraan ini,
takan sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W.

Ya ALLAH jadikan la kami hamba yang bersyukur,
redha dengan segala ketentuan-Mu,
menuruti segala yang telah di perintahkan-Mu,
kadang-kala langkah tersasar,
dari landasan yang telah engkau berikan,
kadang-kala hati terbuai,
dengan nikmat dunia yang sementara,
kadang-kala fikiran di kaburi,
terlupa bahawa semua ini hanya pinjaman
dari Mu ya Allah yg Maha Pengasih...

Namun peluang dari Mu sentiasa ada...
kasih dari Mu sentiasa memayungi...

ku cuba tunduk pada Mu Ya Allah...
menyusuri kehidupan mencari permata keimanan,
menyemai pohon-pohon ketaqwaan,
agar dapat berteduh dari nafsu kepanasan ,
agar dapat berlindung dari hasutan syaitan,
kerana hanya satu yang ku damba...
keredhaan dari Mu, Ya Allah...,
...



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Follow by Email

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP