```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Mendamba Hati Yang Tenang

Saturday, December 17, 2011


Allah itu maha penyayang, Allah sesekali tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya. Sesekali terjentik di hati, tersentak di sanubari ketahui lah bahawa itu semua isyarat cinta dari kekasih kita yang Maha Agung. Sesekali kita merasa ketidak adilan apabila di timpa musibah, sesekali kita merasa keperitan yang melanda jiwa apabila berdepan dengan ujian. Tapi pernahkah kita terfikir bahwa semua itu adalah isyarat dari Allah. Isyarat cinta untuk menarik kembali perhatian kita kepada kekasih kita yang tiada tolok bandingnya. Ketahuilah bahawa ujian itu akan lebih mendekatkan diri kita pada Allah. Hanya dengan hati yang kita akan mampu menempuhi segala ujian yang mendatang, berlapang dada lah.....

Sebenarnya nak kongsi rasa sedih di hati ini, rasa x mampu untuk di bendung lagi uhuhu... (ceh wah macam betul) tadi pagi bagun jam 3 pagi lepas melaksanakn segala rutin harian, terajin pulak diri ini tuk study, jam 9 pagi dah keluar tuk berlakon projek vcd arab, balik bilik dalam jam 2 lebih, hujan lebat sngt hati pn rasa selesa cuz ingt kn dah siap smua nya, kaki ni terajin pulak pergi berjalan2 petang tu lepas hujan reda. Tiba-tiba datang pula kegatalan di kaki tuk pergi round2 segala pelusuk seksyen 2 shah alam dgn hanya berjalan kaki, dari depan ke belakang, dari kiri kekanan, seronok sangat berjalan dlm hujan renyai2. sampai kaki rasa betul2 dah penat, & matahari sudah mula memadam kan cahaya nya baru la kaki ni berhenti d bus stop & masuk semula ke kolej melati yg d cintai. Sampai d kolej rehat2 kejap di bilik, dtg pula tetamu , layan la kejap, balik ja tetamu Umi aku pulak call bergayut smpai 1 jam lebih. Habis jer bergayut dgn umi dtg pulak kawan2 bawa makan buat kenduri smpai jam 11 malam, abis ja kenduri bru la aku buka laptop & tgok semula vedio lakonan kami...................

MALANGNYA.... smu nya rosak uhuhu, x boleh bukakkkkk & suara pn x clear, aku x tahu la mcm mna kmi berlakon td, sedih nyaaaaaaaaaaaaa, masalah sem lepas berulang lg, aku x suka kerja last minittttttttttt, klu boleh berlakon sendiri lama dah aku siap kn vedio ni sorang2 uhuhu.... dah la mgu depan aku ada 7 test, test jer blum masuk quiz2 lg uhuhu...

Ya Allah tabah kn hati hamba Mu ini.... aku yang lemah lagi hina...





Read more...

Debaran Ilmu Semakin Terasa....

Friday, September 9, 2011

Bismillahirrahmanirrahim ....
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...





^_^ Setelah 4 bulan bercuti terasa semacam berat hati ni untuk bersekolah lagi uhuhu... bermacam perkara yang bermain di fikiran, takut takut kalau otak ni pun turut sama cuti , nauzubillah... InsyaAllah otak tidak boleh cuti sampai bila-bila pun, cuti sewaktu roh dah keluar dr jasad jer, jauh lagi perjalanan ilmu yang bakal di tempuhi, bak pepatah arab menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad...

Setiap muslim wajib menuntut ilmu. Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap lelaki & perempuan". Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surah Al-Mujaadilah ayat 11: "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". Mereka yang berilmu akan dimudahkan jalannya menuju ke syurga dan sentiasa didoakan oleh para malaikat. Sebenarnya ilmu hanyalah merupakan suatu alat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

"Seorang alim (berilmu) dengan ilmunya dan amal perbuatannya akan berada di dalam syurga, maka apabila seseorang yang berilmu tidak mengamalkan ilmunya maka ilmu dan amalnya akan berada di dalam syurga, sedangkan dirinya akan berada dalam neraka"(HR. Daiylami)

Keutamaan manusia dari makhluk Allah yang lain terletak pada ilmunya. Allah bahkan menyuruh para malaikat sujud kepada Nabi Adam as kerana kelebihan ilmu yang di milikinya. Cara kita bersyukur atas kelebihan yang Allah beri adalah dengan menggunakan segala potensi yang ada pada diri kita untuk Allah atau di jalan Allah...

Sekejap lagi bermulalah kehidupan 3c 1s, collage, class, cafe & surau. Sudah bertahun-tahun melalui setuasi ni, boleh di katakan hidup ni banyak habiskan masa di hostel berbanding di rumah, Tapi semua nya itu demi ilmu yang di cari-cari. Semoga dengan ilmu ini dapat lebih mendekatkan diri serta keluarga dengan yang Maha Pencipta....
"Aku hargai ka cuti berbulan2 ni?" semoga "ya" InsyaAllah, Apapun saat yg paling manis adalah saat2 berkumpul bersama keluarga, e2 lah saat terindah yg sentiasa di rindui...

Read more...

Sebuah Pertemuan

Sunday, August 21, 2011

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Gambar hiasan : Terjumpa artis korea tym tgu flight d airport... ^_^

Read more...

Luahan Hati Seorang Muslimah...

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..

.....TAPI.....

jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku..aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan..kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi..jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri diri, kerana AKHLAK itu bunga diri yang suci..

dalam hidup ini...

Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali...


(Do good deeds then forget them because we do not know whether they are accepted or not. But do not forget when we do bad things, so that we could repent because it will be punished in the hereafter.)

Read more...

Boikot

Tuesday, July 5, 2011

Assalamualaikum...

cerita boikot ni cerita lama, & rasa nya semakin hampir d lupakan oleh rakyat Malaysia, maklum la kita kn hidup aman & damai, terpulang dr individu 2 sama ada dia nahu boikot islrael @ pn tidak, tp sy perna jgk jmpa orang yg terlalu exited @ terlalu menyelami penderitaan saudara2 kita d Palestin sehingga kn dia mengharam kn diri nya utk mengguna kn brg2 israel, subhanAllah, smga Allah meletakkan hati kita semua dlm iman.

Apa yang mahu saya kata kn ialah x perlu la berasa berat utk memboikot @ pn x perlu la rasa terseksa apabila x boikot, semua nya bergantung pada iman individu, sekira nya kuat iman nya maka dapat lah dia memboikot smu barangan israel ini. Tapi pada sy rasa nya x mampu diri ini utk memboikot seratus peratus cuz yg paling utama laptop yg sy guna kn ketika ini ber 'prosessor' kn intel core2duo, seterika d sebelah meja sy jgk berjenama Philips yg telah d beli 5thn yg lalu, mgkin juga lampu yg tengah sy pasang d bilik ini berjenama philips yg telah d pasang sendiri oleh contractor seawal pembinaan rmh, di tambah lagi dengan barangan2 dapur yg umi sy guna kn kebanyakan nya di beli oleh ayah sy sendiri d Amerika sejak 12thn yang lalu & x mungkin sy akan membuang smu brg2 buat israel ini kerana ia amat berguna utk kami sekelurga serta tahan lama sehingga boleh di guna bertahun-tahun...

Tapi sejak dr pertama kali sy mendegar kempen boikot ini, sejak pertama kali mengetahui penderitaan saudara kita d Palestin, sy sda mula memnanam azam utk cuba memboikot semampu yg sy boleh wallahualam... masih bnyak lg yg sy tidak mampu, betapa lemah nya iman ini... :(, namun begitu sehingga kini azam itu masih subur tertanam di hati & akan sy laksana kn semampu yg mungkin, tidak kira la seberapa bnyak org memperlekeh kn kempen boikot ini, ramai yg menyata kn org yg memboikot brngan israel e2 hanya menyeksa diri sendiri, x memberi kesan sedikit pn dgn mereka, ada jgk yg berkata sda bertahun2 kita memboikot israel tp bumi Palestin msh tetap bermandi kn darah, tidak kisah la apa pn yang orang ramai kata kn... satu terpacak teguh dalam minda ingatan ini akan sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang bolak-balik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukan nya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, `buat apa kau bersusah-susah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan padam dengan air yang kau siramkan itu.` Lalu dijawab oleh burung tersebut, `Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah karena Allah nanti akan bertanya, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya tentang apakah aku berhasil memadamkan api itu atau tidak`.

Sekecil apapun tindakan/amal yang kita buat walaupun remeh pada pandangan manusia, namun bila kita melakukan dengan ketulusan dan kesungguhan, sungguh Allah Maha Melihat dan akan memberikan balasan sempurna untuk setiap amal shalih yang dilakukan. Jadi jangan berhenti beramal karena merasa amal itu terlalu sederhana dan tak berarti…. Berbuatlah kebaikan besar-kecilnya biarlah Allah yang menilai… tidak perlu lah menunding jari sesama sendiri mari lah kita sama2 perbaiki diri, InsyAllah usaha kita yg sedikit ini akan di pandang oleh Allah & kita akn berupaya untuk menentang israel suatu hari nanti... Ameen...


Read more...

Princess Bedroom... ^_^

Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum...

dah lama x update blog, kemalasan yg hakiki melanda, bkn apa busy bah, bnyak kerja ehehe... Sudah hampir sebulan bercuti d rmh, akhirnya siap jgk aq mengemas bilik tidur aq yang dulu nya di jadi kn stor uhuhu... dengan penuh kesabaran & kecekalan berserta nekad di hati walaupun di kutuk & di perlekehkan aq tetap menguat kn semangat tuk terus mengemas ... ceh wah , bersastera pulak ehehehe... dulu kak bb pernah kata "boleh ka ko kemas bilik ni" memandangkan kotak buku yang bertimbun & kain2 baju lama jgk d simpan d bilik ni uhhuhu... sebelum 2 mmg la semak sikit cuz mesin jahit kak b yg menyemak kn nya ahahah... di tambah dengan mesin jahit tepi & barang2 jahitan berserta kain2 yg belum di jahit fuh... mmg semak gila... tp baru2 ni dia balik bercuti n smu barang2 2 dia angkut bawa ke KK, ntah la betul ka jgk dia mo menjahit di sana 2 ehehe... x pa la yg penting dia bahgia ^_^... skrg ni mo certi ttg bilik tidur yg telah cantik di hias ehehe, walau pn x seberapa tp puas hati jgk la sedap mata memandang kemas seket... x ble hias lebih2 bkn rmh kita uhuhu... nt ada rmh sendiri bru la hias sepenuh hati ehehe...






Xda pulak ambil gambar sebelum bilik ni kena kemas, klu ada mmg teruk gila... mmg x terfikir pun tuk ambil gambar cuz mmg huduh ehehe...Tempat yg paling bermakna sekali dlm hidup aku bilik tidur lah... cuz d c2 la tmpat aq meluahkn segala rasa, tempat berkurung mencari idea, & yg penting sekali tmpat beribadah... Lagi pn aq ni mmg jenis2 yg suka berkurung menghadap laptop... rajin kunun, pedahal main game ehehe... Impian aq spya dpt bilik cam bilik princess, bru puas hati ehehe...




Read more...

Calon suami

Saturday, March 19, 2011


Assalamualaikum...

jeng... jeng... jeng... calon suami sapa ni ehehe... Sebenarnya aku sekarang ni ada tanggungjawab yg berat, kena cari kn calon suami tuk kawan2 aku eheheh, besa lah umur dah meningkat ni, sda spatut nya tuk berkahwin, susah jgk tau terasa berat tanggungjawab ni, syarat2 calon suami mereka aku yang tentu kn (ceh wah cam betulll...). Ya lah klu dlu aku yg larang dorang couple2 ni terutamanya Is la, kawan yg sentiasa seiringan dgn aku... calon2 suami yang dia target smu aku reject, kesian is mmg la klu gendut 2 tetap aku x suka ahaha, jgn marah gurau ja, xda kaitan dgn yg hidup @ pn mati... mcm la aku hebat sangat mo cari kn suami tuk org... tp aku mau jgk... untuk Isfazira Ismail, Norain Bacho Bin Tahaya & Azreen Zanariah Abdul Rahman.
syarat nya simple ja, syarat2 tuk jadi suami tuk kawan2 aku:

1. Mesti berkopiah (ala cam songkok 2 tp yg melekat sket, tau ka??? buat2 tau la ya...)
2. Yang beriman & dpt membimbing mereka kejalan yg benar ehehe..
3. Sabar..(ni pn penting jgk cuz kwn2 aq ni smu ny otak x berapa btul sket)
4. Terpelajar (ehehe... skurang2 nya diploma level la ahahah)
5. Rupa 2 x semestinya hensem, skadar sejuk mata memandang ja la uhuhu
6. Redha & menerima seada nya dgn ikhlas... uhuhu
7. Aku senang hati dgn org 2 (syarat ni paling penting... ^__^)

Mau x mau, kawan2 aq x da pilihan ehehe, redha ja, sapa yg ada cri2 d ats ni sila lapor diri dgn aku yer... perlu interview jgk ni eheheh... Klu gendut 2 hmmm... eheheh x da la menan2 jer... (jgn Marah)

sekian terima kasih...






Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP