```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Convocation Diploma

Sunday, December 5, 2010

Alhamdulillah.. akhirnya gred jgk diploma wlu pn lewat dr yg lain. lewat 1 sem je, xda apa pn besa la budak sains kn.. cehwah cover2 kunun ahahah... kadang2 stress jgkklu di fikir ttg extand 2, ada problem sket 2 yg ble extand 2, tp x pa la malas mo crta panjang lebar, malas jgk mo ungkit kisah lama 2, abai kan ja la, yg pasti aq yakin ada hikmah yg tersembunyi uhuhu. Comel ker pic d bawah ni ehehehe, maafla klu menyakitkan mata, ni natural ni x pakai make up langsung, maklum la mak andam nyer x da (kak bie) uhuhu sabar ja la,





gigi terkeluar sket uuhuhu






pic dgn umi & abg, cam x lengkap ja cuz xda daddy. pdhal ni la yg dia tgu2... :(





kadim yang sentiasa di sisi ^_^





...geng karas...





classmate diploma dlu, tq cuz sudi jgk dtg, cyg kmu smu...




last skali UiTM Sabah d hati ku eheheh...




convo dah abis,kurang da pening kepala ni, tp di ganti dengan debaran result exam, 10hb ni klur da, Ya Allah tabah kn la aq untuk menerima takdir yg telah engkau berikan uhuhu... Smga aq jadi hamba yang bersyukur...



Read more...

Mujahadah Melawan Nafsu...

Thursday, November 18, 2010

Hati tertarik bila melihat tajuk majalah solusi yg terbaru rasa nya dah beli sebulan lalu di koprasi kolej tp x sempat mo bc smu cuz time tu tgh bz dgn assignment tambah lagi dgn mingggu akhir mjelang exam. Akibatnya buku tu hanya jadi koleksi di rak buku eheheh… time cuti ni berabis la baca smu buku yg telah menjadi koleksi, tapi sekarang saya terkarik dengan tajuk “Mujahadah melawan nafsu”.

Selama ni memang selalu dengar perkataan mujahadah, perkataan ni seringkali di kaitkan dgn nafsu tp x berapa faham makna sebenarnya, sekadar tahu tp ndak faham ehehe. Selepas baca majalah solusi ni baru tahu makna sebenar & ilmu2 yang tersirat di sebaliknya. Masya Allah, nafsu tu adalah musuh terbesar kita yang mesti di lawan dan di tundukkan. Benar kata ustaz Pahrol Muhammad Joui kita sibuk dengan persiapan melawan musuh zahir, melengkapkan peralatan untuk menentang Yahudi & Nasrani musuh umat islam yang sering di gembar gemburkan tanpa mempedulikan musuh kita yang lebih dasyat daripada itu yakni NAFSU.


Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat(keinginan) dalam diri manusia. Di sini la terkumpulnya sifat2 tercela dan sentiasa mendorong diri manusia kearah kejahatan.



Peringkat-peringkat Nafsu.


1. Nafsu Ammarah.


Sangat mengajak kepada kejahatan. Tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Orang yang bangga dengan kejahatan yang di lakukannya berasa seronok dengan maksiat bahkan mengajak org lain turut melakukan maksiat.


2. Nafsu Lawwamah.


Nafsu yang mencela. Sedar diri melakukan kesilapan dan menyesali dosa-dosa itu dan mencela diri di hadapan Allah s.w.t. namun ketika melakukan dosa dia terbuai dgn kenikmatan dosa tanpa memikirkan akibatnya. Apabila melakukan ketaatan mudah di hinggapi rasa riya’ dan ujub. Mereka sangat suka dgn majlis2 ilmu tetapi belum selamat di dunia dan akhirat.


3. Nafsu Mulhamah.


Org yang mempunyai nafsu ini sudah mula mendapat ilham kebaikan di dalam hati. Berusaha keras untuk menjauhi kejahatan dan tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa. Walaubagaimanapun nafsu ini masih belum stabil.


4. Nafsu Mutmainnah.


Inilah nafsu yang di perolehi hasil mujahada(melawan nafsu). Hati sudah tenang kerana nafsu sudah di jinakkan. Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah nafsu yang di miliki oleh para salafussoleh yang menyebabkan mereka Berjaya dunia dan akhirat. Firman Allah, “Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan gembira dan menggembirakan” (Surah al-Fajr 89:27)



Imam Syafie Al-Ghazaki mengklasifikasikan manusia kepada tiga golongan:

1. Menyerah kalah : golongan yang sentiasa memenangkan nafsu, menuruti segala kehendak hati tanpa menegah walaupun sedikit.

2. Sedang dan sentiasa berperang : mereka yang sentiasa tarik tali melawan nafsu, kadang kala menenang dan kadangkala kalah. Inilah golongan yang dikatakan bermujahadah.

3. Orang yang telah menang : golongan yang Berjaya melawan hawa nafsu nya…


Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan hawa nafsu.



Nafsu tidak boleh dibunuh tetapi mesti di tundukkan. Manusia terpilih untuk menjadi kalifah di muka bumi ini kerana adanya nafsu, kerana dengan nafsu yang berjaya di tundukan kita akan menjadi lebih kereatif dan memakmurkan bumi. Bila manusia berjaya menundukkan nafsu ia akan jadi lebih mulia daripada Malaikat tapi bila ia gagal maka manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang, na'uzubillah .Bertapa diri yang cetek ilmu pengetahuan ini baru memahami serba sedikit mengenai mujahadah. Semoga kita Berjaya memiliki nafsu mutmainnah, walaupun jalannya amat susah dan penuh rintangan tapi sama2 la kita berusaha, saling pesan-memesan kearah kebaikan.


Banyak lagi info ttg mujahadah dalam majalah solusi, kalo mo tau beli & bacalah sendiri ehehe... promosi solusi sket. X larat mo taip smu ngeh.ngeh... Apa yang penting berusahalah untuk membuang sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Semoga kita jadi hamba yang bersyukur... Amin...



Gambar hiasan : Jejaki Idaman ehehe... ^_^

Read more...

Nasyid Permata Yang Dicari

Saturday, October 2, 2010

Read more...

PERMATA YANG DI CARI...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Lirik Permata Yang Dicari - De Hearty


Read more...

Happy Belated Birthday Daddy

Saturday, August 14, 2010


13 August 1957, hari paling bersejarah cuz telah lahir wira hati ku, lelaki yang paling aq cintai di dunia ni. Sama sprti tahun2 lepas tarikh ni x perna aq lupakan, wlu pn aq ni pelupa, cuz tahun2 lepas mesti umi yg ingat kn sehari sebelum, tp tahun ni berbeza umi x ingat kn apa2 pn, tp aq masih ble ingat sendiri, erti nya aq bukan nya pelupa pn sprti yg org selalu label...
Hari ni genap dah 53 tahun umur daddy aq, muda lg. Orang kata daddy ni x d makan usia, kawan2 sebaya dia smu rambut dah putih berabis tp daddy rambut dia msh hitam lg. Ada jgk la rambut putih sket2 tp aq selalu cabut. 2 la tugas penting aq klu blk rmh. Org kata x baik cabut rambut putih ni, tp hentam la aq x mo dady aq tua, aq mo dia sentiasa ensem & bergaya. Rambut putih ble mengingatkan kita tentang mati, tp aq tau dady aq ni org yg slu ingat ttg kematian walau pun dalam masa yang sama seorang yang banyak merancang masa depan, jd x kisah la smu 2.
Tapi aq lupa yang ajal 2 x kira paras rupa, segak bergaya @ tidak, kalo dah sampai masa x da sesiapa yang ble halang. Redha dengan semua ketentuan Allah ni, aq yakin Allah meletak ujian terhadap hambanya sesuai dengan kemampuan kita. Yang paling aq kecewa, aq la yang jarang balik rumah. Kali terakir aq jumpa daddy aq bulan 12 tahun lepas, 2 pn daddy aq sendiri yang hantar aq p kk, dua minggu awal sebelum kuliah mula. Bukan aq x suka berkumpul dengan family tp aq kn msh study, klu d bandingkan dengan kawan2 yang lain, aq la yang paling exited dengan family, sampai borink kawan2 smu dengar cerita family aq. Aq bercerita cuz aq rindu, aq teramat sayang. Walaupun orang kata aq ni pelupa, careless, no feeling, tp bab2 melibat kan family ni mmg aq exited.
Ya Allah rindu nya dengan dady x tergambar dgn kata-kata. Macam mana pn aq cuba x melayan perasaan ni, buat bnyak kerja, tp perasaan 2 tetap datang, sekali sekala mengalir jgk air mata, hanya doa ja penghubung kami skrg ni. Nasib baik masih ada umi, penguat semangat. Ya Allah aq redha dengan semua ketentuan Mu, semoga aq sentiasa faham akan makna barang pinjaman dr Mu. Semoga kami jadi hamba yang bersyukur... Amin...



...Happy Birthday Daddy...



...Mizz you so much...


Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP