```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

ADAB BERBUAL

Monday, May 6, 2013

Assalamualaikum w.w.w.

Setelah lebih enam bulan tidak menambah entry di blog ini, akhirnya terdetik juga rasa hati untuk berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan bloger. ^_^. Lumrah hati seorang wanita atau bukan setakat wanita sahaja lelaki juga pasti mempunyai kecenderungan untuk berbual bilamasa kita bertemu dengan orang yang serasi dengan kita. Tapi suatu penyakit yang tidak dapat dibuang dari diri ini ialah memulakan perbualan dan susah sangat mengakhirinya. Kadang-kala terfikir juga kesian buat kawan-kawan yang terpaksa mendengar tapi apakan daya itulah kelemahan diri ini. In Shaa Allah kelemahan ini akan cuba di tutupi sedikit demi sedikit. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk terus memperbaiki diri.
Demam untuk membaca hasil karya penulisan Fatimah Syarha sedang melanda diri ini. Banyak info-info yang menarik seakan membaca sebuah buku ilmiah yang padat dengan ilmu. Sedang seronok membaca terpaku mata ini pada sudut info yang di selitkan. Hati tersentap serta merta 'adab berbual'... Semoga info ini berguna juga untuk kawan-kawan sekalian...


20 Adab Berbual 

1.      Semua perbualan perlu bertujuan kebaikan
"Barang siapa yang beriman kepada Allah hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (Direkodkan oleh Bukhari Muslim) 

2.     Jelas dalam perkataan.
“Bahawasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga mudah difahami oleh semua yang mendengarnya.”
(Direkodkan oleh Abu Daud). 

3.     Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara” (Direkodkan oleh Tirmidzi) 

4.     Tidak terlalu banyak bercakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.

Ibnu Mas’ud r.a sentiasa mengajar kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “ Wahai Abu Abdurrahman (gelaran ibnu Mas’ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud: “ Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, kerana aku pun perna meminta demekian pada Nabi saw dan beliau menjawab khuatir membosankan kamu.”
(Muttafaq ‘alaih). 

5.     Mengulangi kata-kata yang penting sekiranya perlu.
Daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang baginda memberi salam sebanyak tiga kali. 

(Direkodkan oleh Bukhari). 

6.     Menghidari ucapan yang batil.
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan sesuatu yang di redhai oleh Allah SWT. Yang dia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga di catatkan oleh Allah SWT keredhaan kepada orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan suatu kata yang dimurkai oleh Allah SWT yang tidak dikiranya akan demekian, maka Allah SWT mencatatkan yang demikian itu sampai hari kiamat.”
(Direkodkan oleh Tirmidzi dan dia berkata hadis hasan sahih juga direkodkan oleh Ibnu Majah) 

7.     Menjauhi perdebatan sengit.
“Tidaklah sesat sesuatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”

(Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi) 


Dan dalam hadith lain disebut sabda Nabi SAW:“Aku jamin rumah didasar syurga bagi mereka yang menghidari berdebat meskipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi mereka yang menghidari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
(Direkodkan oleh Abu Daud) 

8.     Menjauhi kata-kata keji mencelah dan melaknat.
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(Direkodkan oleh Tirmidzi dengan sanad sahih) 


9.     Menghidari banyak bergurau.
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak ialah yang suka membuat orang lain tertawa.”

(Direkodkan oleh Bukhari) 

10. Menghidari menceritakan aib orang dan saling memangil dengan gelaran yang baik.
“Jika seseorang menceritakan sesuatu hal kepadamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”

(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan dia menilai hadis ini hasan) 

11. Menghidari dusta.
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia dusta, jika dia berjanji dia memungkiri dan jika diberi amanat dia khianat.”

(Direkodkan oleh Bukhari) 

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
Janganlah kamu semua saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(Muttafaq’alaih) 

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek.
Berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah daripada bapanya berkata:Ada seseorang yang membodek orang lain di depan orang itu, maka kata Nabi SAW: “Awas kamu telah mencelakakan saudaramu!(2 kali), lalu kata baginda SAW, “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di hadapannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah SWT mencukupkannya, kami tidak mensucikan seseorang pun di sisi Allah SWT, lalu barulah katakana sesuai keadaannya.” 

(Hadith Muttafaq’alaih dan ini adalah lafaz muslim)


Dan daripada Mujahid daripada Abu Ma’mar berkata:Berdirilah seseorang memuji di hadapan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata, “Nabi SAW memerintah kami menabur pasir diwajah orang yang gemar membodek.”
(Direkodkan oleh Muslim). 


14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak di persetujui perlu dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara. 

15. Penolakan perlu penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.  

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat. 


18. Hal yang dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.



19. Semasa menolak, perhatikan tingkat ilmu lawan bicara. Tidak berbicara diluar kemampuan lawan bicara yang dikhuatiri menjadi fitnah pada diri dan agama.


20. Saat menolak, perlu menjaga hati dalam keadaan bersih dan menghidari kebencian serta penyakit hati.
  
Semoga bermanfaat, mari sama-sama kita baiki diri...^_^

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Follow by Email

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP