```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Princess Bedroom... ^_^

Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum...

dah lama x update blog, kemalasan yg hakiki melanda, bkn apa busy bah, bnyak kerja ehehe... Sudah hampir sebulan bercuti d rmh, akhirnya siap jgk aq mengemas bilik tidur aq yang dulu nya di jadi kn stor uhuhu... dengan penuh kesabaran & kecekalan berserta nekad di hati walaupun di kutuk & di perlekehkan aq tetap menguat kn semangat tuk terus mengemas ... ceh wah , bersastera pulak ehehehe... dulu kak bb pernah kata "boleh ka ko kemas bilik ni" memandangkan kotak buku yang bertimbun & kain2 baju lama jgk d simpan d bilik ni uhhuhu... sebelum 2 mmg la semak sikit cuz mesin jahit kak b yg menyemak kn nya ahahah... di tambah dengan mesin jahit tepi & barang2 jahitan berserta kain2 yg belum di jahit fuh... mmg semak gila... tp baru2 ni dia balik bercuti n smu barang2 2 dia angkut bawa ke KK, ntah la betul ka jgk dia mo menjahit di sana 2 ehehe... x pa la yg penting dia bahgia ^_^... skrg ni mo certi ttg bilik tidur yg telah cantik di hias ehehe, walau pn x seberapa tp puas hati jgk la sedap mata memandang kemas seket... x ble hias lebih2 bkn rmh kita uhuhu... nt ada rmh sendiri bru la hias sepenuh hati ehehe...






Xda pulak ambil gambar sebelum bilik ni kena kemas, klu ada mmg teruk gila... mmg x terfikir pun tuk ambil gambar cuz mmg huduh ehehe...Tempat yg paling bermakna sekali dlm hidup aku bilik tidur lah... cuz d c2 la tmpat aq meluahkn segala rasa, tempat berkurung mencari idea, & yg penting sekali tmpat beribadah... Lagi pn aq ni mmg jenis2 yg suka berkurung menghadap laptop... rajin kunun, pedahal main game ehehe... Impian aq spya dpt bilik cam bilik princess, bru puas hati ehehe...




Read more...

Calon suami

Saturday, March 19, 2011


Assalamualaikum...

jeng... jeng... jeng... calon suami sapa ni ehehe... Sebenarnya aku sekarang ni ada tanggungjawab yg berat, kena cari kn calon suami tuk kawan2 aku eheheh, besa lah umur dah meningkat ni, sda spatut nya tuk berkahwin, susah jgk tau terasa berat tanggungjawab ni, syarat2 calon suami mereka aku yang tentu kn (ceh wah cam betulll...). Ya lah klu dlu aku yg larang dorang couple2 ni terutamanya Is la, kawan yg sentiasa seiringan dgn aku... calon2 suami yang dia target smu aku reject, kesian is mmg la klu gendut 2 tetap aku x suka ahaha, jgn marah gurau ja, xda kaitan dgn yg hidup @ pn mati... mcm la aku hebat sangat mo cari kn suami tuk org... tp aku mau jgk... untuk Isfazira Ismail, Norain Bacho Bin Tahaya & Azreen Zanariah Abdul Rahman.
syarat nya simple ja, syarat2 tuk jadi suami tuk kawan2 aku:

1. Mesti berkopiah (ala cam songkok 2 tp yg melekat sket, tau ka??? buat2 tau la ya...)
2. Yang beriman & dpt membimbing mereka kejalan yg benar ehehe..
3. Sabar..(ni pn penting jgk cuz kwn2 aq ni smu ny otak x berapa btul sket)
4. Terpelajar (ehehe... skurang2 nya diploma level la ahahah)
5. Rupa 2 x semestinya hensem, skadar sejuk mata memandang ja la uhuhu
6. Redha & menerima seada nya dgn ikhlas... uhuhu
7. Aku senang hati dgn org 2 (syarat ni paling penting... ^__^)

Mau x mau, kawan2 aq x da pilihan ehehe, redha ja, sapa yg ada cri2 d ats ni sila lapor diri dgn aku yer... perlu interview jgk ni eheheh... Klu gendut 2 hmmm... eheheh x da la menan2 jer... (jgn Marah)

sekian terima kasih...






Read more...

Jangan Terlalu ikut hati...

Wednesday, December 22, 2010



Dah lawat banyak blog, dah baca macam2 entry ada yang dpt membina iman, ada yang menjana wang, ada panduan kesihatan dan tak kurang juga entry2 @ komen2 yang terlalu ikut kan hati. ni yang mau crta ttg org yang terlalu ikut kan hati ni. Meremang bulu roma bila baca komen2 yang memaki. Takut pla klu terkena dgn aku uuhuh. Knapa perlu memaki, org yg memaki ni nampak btul kurang profesional & yang pasti nya memang kurang beriman... Kata org klu ikut hati mati ikut rasa binasa. So perlu ikut apa???

Itu intro ja, sebenarnya mau crta ttg hati ni, hati yang sakit bila x dpt apa yang kita mau. Klu dlu tym zaman budak2, childhood la kunun, nangis berabis bila kehendak kita x di turuti. Tp klu da besar ni, camna pla keadaan kita bila apa yang kita mau kita x dpt???...

Sebenarnya semua 2 tpulang kepada receptor yang accept implus lalu bw ke otak, otak lah yang main kn peranan penting tuk hasil kn respon. Klu haiwan ya la, dpt ja implus dia trus bg respon sesuka hati dia otak haiwan berpandu hati ja. Tp kita manusia ni lain skit, kita kn istimewa dr makhluk lain. Kita ada akal untuk buat respon yang lebih baik dr haiwan, kita ble berfikir mana yang baik dan buruk. Jangan lah cepat melatah klu dpt implus yang ble memanas kan otak. Sesakit mana pun hati bila merasa cepat2 ingat balik perjuangan rasulullah. Implus yg otak baginda dapat mesti lebih dasyat dr yg kt perna alami, tp respon yang baginda klur kn smu nya baik2. Ya mmg btul,org slu kata "mmg la rasulullah tu maksum kt x ble jadi sprti dia". Mmg kita x ble jadi sprti Rasulullah tp kt kena berusaha tuk mengikut jejak langkah baginda. Di sini akal dan iman kena berkerjasama. Jangan la jadikan diri kita hina tanpa iman. So bersabarla bila kita x dpt apa yang kita inginkan cuz Allah pernah berfirman dalam Al Qur'an, bahawasanya Allah x kan beri apa yang hambanya inginkan, tapi Allah akan beri apa yang hamba nya perlu kn. Masya Allah, smga kita tidak teralu ikut kan hati, smga kita jadi hamba yang bersyukur...



Read more...

Convocation Diploma

Sunday, December 5, 2010

Alhamdulillah.. akhirnya gred jgk diploma wlu pn lewat dr yg lain. lewat 1 sem je, xda apa pn besa la budak sains kn.. cehwah cover2 kunun ahahah... kadang2 stress jgkklu di fikir ttg extand 2, ada problem sket 2 yg ble extand 2, tp x pa la malas mo crta panjang lebar, malas jgk mo ungkit kisah lama 2, abai kan ja la, yg pasti aq yakin ada hikmah yg tersembunyi uhuhu. Comel ker pic d bawah ni ehehehe, maafla klu menyakitkan mata, ni natural ni x pakai make up langsung, maklum la mak andam nyer x da (kak bie) uhuhu sabar ja la,





gigi terkeluar sket uuhuhu






pic dgn umi & abg, cam x lengkap ja cuz xda daddy. pdhal ni la yg dia tgu2... :(





kadim yang sentiasa di sisi ^_^





...geng karas...





classmate diploma dlu, tq cuz sudi jgk dtg, cyg kmu smu...




last skali UiTM Sabah d hati ku eheheh...




convo dah abis,kurang da pening kepala ni, tp di ganti dengan debaran result exam, 10hb ni klur da, Ya Allah tabah kn la aq untuk menerima takdir yg telah engkau berikan uhuhu... Smga aq jadi hamba yang bersyukur...



Read more...

Mujahadah Melawan Nafsu...

Thursday, November 18, 2010

Hati tertarik bila melihat tajuk majalah solusi yg terbaru rasa nya dah beli sebulan lalu di koprasi kolej tp x sempat mo bc smu cuz time tu tgh bz dgn assignment tambah lagi dgn mingggu akhir mjelang exam. Akibatnya buku tu hanya jadi koleksi di rak buku eheheh… time cuti ni berabis la baca smu buku yg telah menjadi koleksi, tapi sekarang saya terkarik dengan tajuk “Mujahadah melawan nafsu”.

Selama ni memang selalu dengar perkataan mujahadah, perkataan ni seringkali di kaitkan dgn nafsu tp x berapa faham makna sebenarnya, sekadar tahu tp ndak faham ehehe. Selepas baca majalah solusi ni baru tahu makna sebenar & ilmu2 yang tersirat di sebaliknya. Masya Allah, nafsu tu adalah musuh terbesar kita yang mesti di lawan dan di tundukkan. Benar kata ustaz Pahrol Muhammad Joui kita sibuk dengan persiapan melawan musuh zahir, melengkapkan peralatan untuk menentang Yahudi & Nasrani musuh umat islam yang sering di gembar gemburkan tanpa mempedulikan musuh kita yang lebih dasyat daripada itu yakni NAFSU.


Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat(keinginan) dalam diri manusia. Di sini la terkumpulnya sifat2 tercela dan sentiasa mendorong diri manusia kearah kejahatan.



Peringkat-peringkat Nafsu.


1. Nafsu Ammarah.


Sangat mengajak kepada kejahatan. Tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Orang yang bangga dengan kejahatan yang di lakukannya berasa seronok dengan maksiat bahkan mengajak org lain turut melakukan maksiat.


2. Nafsu Lawwamah.


Nafsu yang mencela. Sedar diri melakukan kesilapan dan menyesali dosa-dosa itu dan mencela diri di hadapan Allah s.w.t. namun ketika melakukan dosa dia terbuai dgn kenikmatan dosa tanpa memikirkan akibatnya. Apabila melakukan ketaatan mudah di hinggapi rasa riya’ dan ujub. Mereka sangat suka dgn majlis2 ilmu tetapi belum selamat di dunia dan akhirat.


3. Nafsu Mulhamah.


Org yang mempunyai nafsu ini sudah mula mendapat ilham kebaikan di dalam hati. Berusaha keras untuk menjauhi kejahatan dan tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa. Walaubagaimanapun nafsu ini masih belum stabil.


4. Nafsu Mutmainnah.


Inilah nafsu yang di perolehi hasil mujahada(melawan nafsu). Hati sudah tenang kerana nafsu sudah di jinakkan. Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah nafsu yang di miliki oleh para salafussoleh yang menyebabkan mereka Berjaya dunia dan akhirat. Firman Allah, “Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan gembira dan menggembirakan” (Surah al-Fajr 89:27)



Imam Syafie Al-Ghazaki mengklasifikasikan manusia kepada tiga golongan:

1. Menyerah kalah : golongan yang sentiasa memenangkan nafsu, menuruti segala kehendak hati tanpa menegah walaupun sedikit.

2. Sedang dan sentiasa berperang : mereka yang sentiasa tarik tali melawan nafsu, kadang kala menenang dan kadangkala kalah. Inilah golongan yang dikatakan bermujahadah.

3. Orang yang telah menang : golongan yang Berjaya melawan hawa nafsu nya…


Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan hawa nafsu.



Nafsu tidak boleh dibunuh tetapi mesti di tundukkan. Manusia terpilih untuk menjadi kalifah di muka bumi ini kerana adanya nafsu, kerana dengan nafsu yang berjaya di tundukan kita akan menjadi lebih kereatif dan memakmurkan bumi. Bila manusia berjaya menundukkan nafsu ia akan jadi lebih mulia daripada Malaikat tapi bila ia gagal maka manusia akan menjadi lebih hina daripada binatang, na'uzubillah .Bertapa diri yang cetek ilmu pengetahuan ini baru memahami serba sedikit mengenai mujahadah. Semoga kita Berjaya memiliki nafsu mutmainnah, walaupun jalannya amat susah dan penuh rintangan tapi sama2 la kita berusaha, saling pesan-memesan kearah kebaikan.


Banyak lagi info ttg mujahadah dalam majalah solusi, kalo mo tau beli & bacalah sendiri ehehe... promosi solusi sket. X larat mo taip smu ngeh.ngeh... Apa yang penting berusahalah untuk membuang sifat cintakan dunia dan takutkan mati. Semoga kita jadi hamba yang bersyukur... Amin...



Gambar hiasan : Jejaki Idaman ehehe... ^_^

Read more...

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP