```
Aishaiah. Powered by Blogger.
"Barang Siapa Mengenal Dirinya Sesungguhnya dia telah Mengenal Tuhannya..." (Ali bin Abi Talib)

Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah...

Tuesday, May 4, 2010

Ya Allah, aku tahu janji mu pasti, tp seakan aku belum bersedia lagi tuk terima semua ini. mungkin aku sering lalai dengan nikmat yg Kau berikan itu. Ya Allah nikmat yang Kau tarik balik itu adalah seperti nyawa ku, nadiku, kebahagiaanku... Sukarnya bagiku tuk menjalani hidup ini tanpanya, bukan setakat umpama hilangnya sebelah sayapku, tetapi seperti lumpuh seluruh anggota tubuh ku ini. Aku pasrah kepada mu ya Allah, 26 April 2010, hari yg paling malang dalam hidupku.


...Salamat Hj Abdul Rahmat...

Insan yg berhati mulia, d sayangi semua. Ayah yg penyang, tidak pernah sekali pn berkasar dgn anak-anak, sehingga kmi merasa terlalu sayang, kasih sayang yg d beri sehingga kan aku takut tuk buat kesalahan. aku takut tuk melukakan hatinya. Kasih sayang yg d berikan sehingga kn aku arah kn seluruh hidup ku ini tuk memenuhi cita-citanya. Ya Allah mulia nya insan yg Kau jadikan sebagai tempat aq bergantung hidup ini, tempat aq bermanja & merasai kasih sayang seorang Ayah. Sehingga kan lupa bahawa ianya hanya sekadar pinjaman untuk ku. Sehinggakan aku tidak sanggup tuk melepaskan nya kembali padaMu. Ya Allah, aku redha Kau ambil kembali apa yang telah Kau pinjamkan kepada kami, tapi aq tidak rela sekiranya Kau menyeksanya walaupun hanya dgn satu sebatan sekalipun. Ya Allah masukkan ayah ku ni kedalam golongan orang-orang yang Kau cucuri rahmat, d tempat berhimpunnya para syuhadah. Dan aku merayu kepadaMu ya Allah agar aku dapat bertemu dengannya d taman Firdausi Mu. Sediakan suatu sudut d syurga nanti tuk kami sekeluarga...
Amin...Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin...



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP